Grants (Malaysia and Singapore)

Grants are not Loans!

C. RM3,000 for Youths

Soalan-Soalan Lazim (FAQ

i)      Soalan 1
        Apa itu Program ini?
 
        Jawapan 1
 
        Program ini ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan. 
  
ii)     Soalan 2
        Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?
 
        Jawapan 2
        Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
  
iii)    Soalan 3
        Berapa had bantuan?
 
        Jawapan 3
        Bantuan sebanyak RM3,000.00

iv)     Soalan 4
        Bentuk bantuan yang macam mana?
 
        Jawapan 4
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang pindaan 2/2009 yang boleh dicetak melalui permintaan sahaja.
  
v)      Soalan 5
  
        Bagaimana nak dapatkan bantuan dan kemana hendak di hantar permohonan ini?
 
        Jawapan 5
        Dapatklan borang permohonan melalui permintaan web ini. Isi borang permohonan dengan memenuhkan semua ruangan yang di sediakan dan kepilkan bersama dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan yang disahkan, salinan-salinan sijil kemahiran yang berkaitan dengan projek yang dinyatakan, salinan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Sebutharga bagi barangan yang dipohon pembiayaan dari pembekal yang sah serta salinan fotocopi penyata akaun syarikat pembekal dan penyata akaun pemohon yang disahkan.

Dapatkan tandatangan, ulasan sokongan dan cap rasmi dari Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri / Pemimpin Masyarakat di kawasan dimana projek tersebut beroperasi.

Hantarkan borang permohonan yang lengkap diisi bersama dengan dokumen sokongan kepada PEJABAT yang berhampiran dengan tempat projek tersebut beroperasi dan Pegawai berkenaan akan menghantar permohonan tersebut ke Jabatan.

JANGAN HANTAR PERMOHONAN KE KEMENTERIAN DI PUTRAJAYA.
 
vi)     Soalan 6  
        Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?
 
        Jawapan 6
        Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam. Perniagaan atau usaha tani tersebut hendaklah dijalankan di premis dan / atau tapak tanah yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan secara bertulis. Syarikat yang layak untuk Program ini ialah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempat an (PBT) dan tidak melebihi 24 bulan dari tarikh mula mendapat pada tarikh permohonan dikemukakan. Pendaftaran syarikat / perniagaan hendaklah masih sah laku pada hari pendaftaran dikemukakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tamat pendaftaran.

Modal syarikat hendaklah tidak melebih RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja). Syarikat yang memiliki modal melebihi RM10,000.00 dinasihatkan mendapatkan kemudahan pembiayaan pinjaman perniagaan melalui Skim lain.

Syarikat yang didaftarkan atas nama Sendirian Berhad (SDN. BHD.) tidak layak mendapat kemudahan ini.
 
vii)    Soalan 7  
        Skim ini untuk bumiputra sahajakah?

        Jawapan 7
        Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.